Perenang Itali, Benedetta Pilato bersaingan dalam acara saringan 50m kuak dada wanita pada Kejohanan Renang Eropah di Budapest. FOTO AFP
Perenang Itali, Benedetta Pilato bersaingan dalam acara saringan 50m kuak dada wanita pada Kejohanan Renang Eropah di Budapest. FOTO AFP
AFP

Budapest: Perenang remaja Itali, Benedetta Pilato mencipta rekod baharu dunia bagi acara 50 meter(m) kuak dada wanita pada saingan separuh akhir di Kejohanan Renang Eropah, awal pagi ini.

Atlet berusia 16 tahun itu merekodkan 29.30 saat(s) untuk mengatasi rekod terbaik sebelum ini 29.40s yang dicatatkan perenang Amerika Syarikat, Lilly King pada 2017.

Benedetta memenangi pingat perak kejohanan dunia dalam acara itu di belakang King in Gwangju dari Korea Selatan pada 2019.

Acara kuak dada 50m, tidak seperti kuak lentang dan kupu-kupu membabitkan jarak yang sama, ia perlumbaan yang tidak tersenarai di Sukan Olimpik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 9:40 AM