RUTA meraikan kejayaannya mencatat rekod dunia baharu ketika memenangi pingat emas acara 50m kuak dada wanita, hari ini. FOTO REUTERS
RUTA meraikan kejayaannya mencatat rekod dunia baharu ketika memenangi pingat emas acara 50m kuak dada wanita, hari ini. FOTO REUTERS
AFP

Fukuoka: Perenang Lithuania, Ruta Meilutyte mencipta rekod dunia baharu bagi acara 50 meter (m) kuak dada wanita apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Akuatik Dunia, hari ini.

Ruta mencatat masa 29.16 saat (s) untuk mengatasi perenang Amerika Syarikat (AS), Lilly King on 29.94s dan perenang Itali, Benedetta Pilato dengan 30.04s.

Semalam, Ruta menyamai rekod dunia di peringkat separuh akhir acara itu dengan catatan 29.30s.

"Saya dapat rasa pasti berjaya melakukannya, saya dapat rasa," katanya.

Catatan masa itu menyamai catatan dilakukan Benedetta pada 2021.

Awal minggu lalu, Ruta memenangi muncul juara dunia bagi acara 100m kuak dada.

"Saya menikmati peningkatan sepanjang masa," katanya.

Dia bersara pada 2019 ketika berusia 22 tahun apabila digantung dua tahun kerana tidak hadir tiga ujian dadah, menyebabkannya tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum kembali bertanding pada 2021.

Ruta yang tidak pernah gagal ujian dadah adalah bintang pada temasya Olimpik London 2012 apabila dia yang ketika itu berusia 15 tahun menang emas acara 100m kuak dada wanita.

Dia turut menang emas di Kejohanan Dunia di Barcelona, setahun kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2023 @ 8:06 PM