Subahan (dua dari kiri) pada sidang media selepas perasmian Liga Hoki Selangor TNB QNET 2024 di Menara Qi hari ini. -FOTO Bernama
Subahan (dua dari kiri) pada sidang media selepas perasmian Liga Hoki Selangor TNB QNET 2024 di Menara Qi hari ini. -FOTO Bernama
Amirul Fazli Zulkafli


Petaling Jaya: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dijangka akan melantik empat pembantu jurulatih tambahan bagi menjalankan tugas dalam skuad remaja negara itu nanti.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat namum mengikuti perancangan, ketua jurulatih hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh akan juga akan menyelia skuad remaja itu.

Jelasnya, keputusan itu dibuat bagi meningkatkan lagi persefahaman antara pasukan junior dan senior lebih baik dari semasa ke semasa terutama dalam soal pemilihan pemain.

"Saya sudah maklumkan kepada jurulatih Sarjit bahawa tiada jurulatih khusus untuk pasukan remaja dan dia juga akan diberikan tugas memantau pasukan berkenaan.

"Sekarang kita ada empat jurulatih termasuk Sarjit untuk bantu pasukan utama dan kita juga akan tambah empat lagi pembantu dalam pasukan remaja.

"Dari empat pembantu itu, salah seorang dari mereka juga boleh dilantik menjadi ketua jurulatih termasuk Sarjit sendiri pada kejohanan akan datang," katanya selepas sidang media Majlis Pelancaran Liga Hoki Selangor TNB-QNET 2024.

Ketika ini dalam skuad senior, Sarjit digandingkan bersama Mohamad Sukri selaku penolong jurulatih dan Azrul Effendy manakala jurulatih penjaga gol dibantu S Kumar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 2:24 PM