LEBIH 40 pelajar daripada tahun 1 hingga 5 menyertai program yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini. FOTO LIZAM RIDZUAN
LEBIH 40 pelajar daripada tahun 1 hingga 5 menyertai program yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini. FOTO LIZAM RIDZUAN
Lizam Ridzuan


Shah Alam: Mengembangkan bakat dan minat dalam sukan hoki, Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam, Selangor (SKS13) menganjurkan Kem Bakat Hoki 2024 buat pelajar sekolah itu.

Ia adalah penganjuran kali ke-2 yang diadakan pada setiap cuti sekolah dengan pembabitan guru penyelaras dan jurulatih profesional dalam sukan hoki, Mohd Hafiz Zainol yang juga bekas pemain kebangsaan.

Lebih 40 pelajar daripada tahun 1 hingga 5 menyertai program yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Program ini juga sebagai salah satu pengisian untuk projek pembangunan hoki serta pemilihan pemain baru lelaki dan perempuan untuk diserapkan ke dalam pasukan utama sekolah yang turut dikenali sebagai Thunder 13.

Mendapat sokongan ibu bapa dan pentadbiran, program pada hari ini juga untuk merasmikan gelanggang serba guna yang ditambah

baik baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar SKS13, Haji Ab Rashid Haji Md Ehsan (Guru Besar Cemerlang), Penolong Kanan Petang, Noorinne Azla Abd Hamid dan Guru Penasihat Unit Hoki SKS 13, Anita Zahari.

Antara aktiviti yang diadakan ialah teknik asas kemahiran hoki, strategi dan taktikal permainan, peraturan dan pelbagai lagi pengenalan tentang sukan hoki.

Thunder 13 juga aktif dengan aktiviti sukan hoki dan sering menyertai pertandingan peringkat sekolah, daerah, kelab dan kebangsaan di serata negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 5:53 PM