YAMAL ketika sesi latihan. FOTO REUTERS
YAMAL ketika sesi latihan. FOTO REUTERS
Agensi

Berlin: Lamine Yamal muncul sebagai bintang baharu sedang meningkat naik dalam dunia bola sepak dan dia mendedahkan seorang pemain berstatus bintang yang memintanya untuk mendapatkan jersinya semasa Euro 2024.

Yamal baru sahaja berusia 17 tahun tetapi sudah beraksi banyak perlawanan dalam skuad utama Barcelona dan negara Sepanyol, selepas membuat penampilan pertama bersama Barca pada usia hanya 15 tahun.

Penyerang itu kini sedang beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol dan akan bertemu England pada aksi final awal pagi Isnin ini di Olympiastadion Berlin.

Sepanyol adalah pilihan utama untuk memenangi aksi final itu dan merangkul gelaran Kejuaraan Eropah mereka yang keempat.

Pada aksi separuh akhir bertemu Perancis, Yamal diberi kepercayaan untuk turun beraksi dan dia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-21.

Sepanyol memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-1 sekali gus mara ke pentas final untuk bertemu England.

Sebaik tamat perlawanan, Yamal berpeluang untuk menukar jersinya dengan barisan pemain Perancis yang lain.

Sensasi baharu Sepanyol itu mengesahkan hanya pemain bersatus bintang, Kylian Mbappe yang telah memintanya untuk mendapatkan jersinya setakat ini dalam kejohanan itu.

Yamal dijangka akan kerap bertemu Mbappe pada aksi El Clasico selepas Mbappe menyertai Real Madrid musim panas ini dari PSG.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 9:09 PM