PEMANGKU Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin (kanan) menandatangani perjanjian dengan Pengarah HYL Marketing Sdn Bhd (Xpress Point), Saw Mei Yee, baru-baru ini. FOTO KDA FC
PEMANGKU Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin (kanan) menandatangani perjanjian dengan Pengarah HYL Marketing Sdn Bhd (Xpress Point), Saw Mei Yee, baru-baru ini. FOTO KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat suntikan penajaan RM100,000 bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Tajaan dalam bentuk wang tunai dan barang itu diperoleh daripada rakan rasmi baharu iaitu HYL Marketing Sdn Bhd (Xpress Point) iaitu kedai serbaneka dengan rangkaian meluas di Malaysia.

Tajaan itu turut membabitkan penganjuran aktiviti bersama pasukan dan penyokong dengan tawaran diskaun produk kepada ahli kepak kenari/pas bermusim di semua cawangan Xpress Point.

"Nilai tajaan keseluruhan adalah RM100,000 termasuk projek usahasama serta diskaun produk buat ahli kepak kenari dan pas bermusim di semua cawangan Xpress Point.

"Xpress Point adalah kedai serbaneka beroperasi di stesen minyak dengan menawarkan jualan produk harian dan pelbagai barangan keperluan kepada orang ramai," kata KDA FC dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 7:21 PM