LUQMAN Hakim berkongsi gambar bersama legenda Jepun, Shinsuke Nakamura. FOTO Luqman
LUQMAN Hakim berkongsi gambar bersama legenda Jepun, Shinsuke Nakamura. FOTO Luqman
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mungkin tampil lebih mantap selepas ini apabila dikhabarkan dia berguru dengan legenda bola sepak Jepun, baru-baru ini.

Hal ini kerana, Luqman berkongsi gambar di media sosial bersama Shinsuke Nakamura yang cukup berbisa ketika zaman kegemilangannya pada awal era 2000.

Nakamura terbabit yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dalam saingan Liga Jepun memiliki kepakaran dalam sepakan percuma selain turut dikenali sebagai penyerang berbahaya.

Pertemuan kedua-dua itu bakal membuka peluang kepada Luqman untuk melebar sayapnya ke pasukan utama dalam saingan J1 sekali gus mampu mempertingkatkan lagi kualiti permainan tonggak muda itu.

Terdahulu, Luqman menukar 'angin' ke bumi Asia apabila secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.

Pemain berusia 22 tahun itu yang berkelana ke Eropah sejak 2020 memilih untuk meneruskan kariernya ke kelab Jepun dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 2:05 PM