TEN Hag (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Kambwala. FOTO REUTERS
TEN Hag (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Kambwala. FOTO REUTERS
Reuters

Manchester: Persembahan Willy Kambwala dan Kobbie Mainoo ketika seri 2-2 dengan Liverpool awal pagi tadi menunjukkan bahawa Manchester United mempunyai masa depan yang cerah, kata pengurus Erik ten Hag.

Luis Diaz meletakkan Liverpool di hadapan pada separuh masa pertama di Old Trafford sebelum Bruno Fernandes menyamakan kedudukan dan Mainoo yang berusia 18 tahun menjadikan kedudukan 2-1 untuk United pada babak kedua.

Penalti lewat Mohamed Salah menyelamatkan Liverpool untuk meraih keputusan seri bagi pasukan pelawat.

Pemain pertahanan, Kambwala, 19, membuat permulaan liga keduanya musim ini ketika Raphael Varane dan Jonny Evans diketepikan kerana kecederaan.

"Saya tidak fikir, untuk tempoh singkat ini mereka akan kembali," Ten Hag memberitahu wartawan mengenai situasi Evans dan Varane.

"Kami yakin (Kambwala) boleh melakukan tugas itu dan dia telah melakukan dengan cemerlang," tambahnya.

Ten Hag gembira dengan sumbangan Kambwala dan Mainoo.

"Saya sangat gembira dan ia adalah satu lagi isyarat dan mesej masa depan di Manchester United.

"Skuad ini mempunyai potensi tinggi dan jika kami mempunyai lebih ramai pemain terbaik, terutamanya di barisan pertahanan, maka masa depan pasukan menjadi sangat baik," katanya.

United berada di tempat keenam dalam Liga Perdana dan nampaknya akan terlepas tempat beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 5:23 PM