PEMAIN Real meraikan kejayaan menewaskan City di suku akhir Liga Juara-Juara. -FOTO AFP
PEMAIN Real meraikan kejayaan menewaskan City di suku akhir Liga Juara-Juara. -FOTO AFP
AFP

Barcelona: Selepas terlepas peluang merebut kejuaraan dalam Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol musim lalu, Real Madrid bangkit menghidupkan kembali peluang merebut kedua-dua gelaran itu musim ini .

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu menewaskan juara bertahan Eropah, Manchester City menerusi penentuan sepakan penalti Khamis lalu untuk mara ke separuh akhir dan mendahului lapan mata di hadapan Barcelona dalam La Liga menjelang pertembungan Clasico Ahad ini.

Mereka turut berharap dapat mengikat Kylian Mbappe untuk jangka masa panjang pada penghujung perjanjian Paris Saint-Germain.

Kekentalan Madrid di Manchester ketika pasukan Pep Guardiola mendominasi perlawanan namun seri 1-1 (4-4 secara agregat), bermakna mereka boleh melebarkan rekod 14 kejuaraan Liga Juara-Juara berdepan Bayern Munich di separuh akhir.

Di tengah-tengah keghairahan Barcelona pada penghujung musim lalu ketika mereka menakluki La Liga, Madrid mengkaji kelemahan dan bertindak untuk mengatasinya.

Mereka mendapatkan Jude Bellingham, menambah kekuatan kepada pasukan yang dirobek Manchester City dalam separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Pemain antarabangsa England itu, diletakkan di posisi menyerang oleh Ancelotti, membantu memberi keseimbangan pertahanan yang lebih baik kepada Madrid menggantikan penyerang Karim Benzema dalam barisan utama.

"Kami menunjukkan sikap dan komitmen yang dituntut oleh pasukan," kata Ancelotti.

"Ini adalah pertandingan yang sangat istimewa bagi kami dan kami selalu memberikan sesuatu yang orang tidak mengharapkan kami lakukan.

Di La Liga, Madrid bersedia untuk merebut gelaran dari pesaing utama mereka.

Mereka hampir pasti menggenggam gelaran itu hujung minggu ini dalam pertembungan El Clasico.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 10:03 AM