LAPAN pemain tempatan yang beraksi musim lalu terus menabur bakti untuk KDA FC musim ini. FOTO KDA FC
LAPAN pemain tempatan yang beraksi musim lalu terus menabur bakti untuk KDA FC musim ini. FOTO KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus mengekalkan lapan pemain tempatan yang beraksi pada musim lalu untuk menyahut cabaran Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.

Lapan pemain berkenaan ialah Ifwat Akmal Chek Kassim, Fadzrul Danel Mohd Nizam, Amirul Hisyam Awang Kechik, Ariff Farhan Md Isa, Akmal bin Md Zahir, Abdul Halim Saari, Loqman Hakim Marzuki dan Fikri Che Soh yang menerima tawaran kontrak baharu musim ini.

Menerusi hebahan rasmi Sang Kenari petang semalam, nama lapan pemain tempatan berkenaan kembali disenaraikan untuk musim 2024 sekali gus menutup ruang beberapa pasukan lain yang juga sedang mengintai bagi mendapatkan khidmat mereka.

"KDA FC mengucapkan tahniah buat pemain yang menerima tawaran kontrak baharu bersama pasukan Liga Super KDA FC. Berjuanglah sejiwa murni buat Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam, Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Mohd Akmal Md Zahir, Abdul Halim Saari, Mohd Loqman Hakim Marzuki dan Mohammad Fikri Che Soh," katanya.

Juga dimaklumkan pemain tengah Al-Hafiz dan Hidhi Idris, yang dipinjamkan Sang Kenari ke kelab Liga Malaysia musim lalu kini dilepaskan pada musim ini.

"Muhammad Al-Hafiz Harun pemain sayap yang diikat Sang Kenari sejak musim 2022 dan dipinjamkan ke Penang FC pada pertengahan liga musim lepas.

"Manakala Muhammad Hidhir Idris pula pemain yang mula mewakili Kedah pada 2017 selepas dinaikkan ke skuad utama. Beliau telah dipinjamkan ke PDRM FC dan Kuching City FC sejak musim 2020," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2024 @ 2:48 PM