GREALISH mengalami kecederaan pangkal paha. FOTO AFP
GREALISH mengalami kecederaan pangkal paha. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Jack Grealish tidak dapat bermain untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dengan Manchester United hujung minggu ini, kata pengurus Pep Guardiola.

Grealish tidak beraksi dalam tiga perlawanan liga terakhir City selepas mengalami kecederaan pangkal paha dalam kemenangan Liga Juara-Juara di FC Copenhagen, dan pemain tengah itu hanya bermain di separuh masa pertama dalam aksi Piala FA menentang Luton Town.

"Tidak, dia tidak akan cergas untuk aksi hujung minggu ini. Bila dia akan kembali, saya tidak tahu," kata Guardiola pada sidang media.

"Kegagalan sentiasa ada dalam hidup, dia akan mengatasinya."

Guardiola tidak menjangkakan Grealish akan kembali sebelum rehat aksi antarabangsa akhir bulan ini, apabila England bermain dua perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Belgium.

"Tidak, saya tidak fikir begitu. Dia perlu pulih dengan sebaiknya untuk digunakan sebaik mungkin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 10:53 PM