GREALISH meledak gol pembukaan buat City ketika berdepan Wolves. FOTO Reuters
GREALISH meledak gol pembukaan buat City ketika berdepan Wolves. FOTO Reuters
Reuters

Manchester: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata beliau sentiasa mempertaruhkan kepercayaan terhadap Jack Grealish selepas pemain tengah itu meledak gol pertamanya musim ini ketika menang 3-0 mengatasi Wolverhampton Wanderers malam tadi.

Grealish membuka jaringan selepas dikritik kerana persembahan hambar ketika kemenangan Liga Juara-Juara mengatasi Borussia Dortmund, selain kekurangan gol dan bantuan jaringan sejak berpindah dari Aston Villa tahun lalu.

"Saya sentiasa berkata jika mereka di sini, ia kerana saya saya percayakan mereka, semua pemain. Saya mengenali mereka.

"Dia menjaringkan gol dan ia persembahan yang bagus. Setiap kali dia dapat bola.

Dia tidak menjaringkan gol atau memberi bantuan (dalam perlawanan sebelum ini), tetapi hanya menunggu masa.

"Sudah tentu saya gembira bagi pihaknya, untuk kemenangan ini, kerana bermain dengan personaliti yang menakjubkan," katanya.

Guardiola menambah bahawa beliau gembira melihat gandingan antara Erling Haaland dan Julian Alvarez, dengan pemain itu bermain bersama pada penghujung perlawanan ketika Alvarez dimasukkan pada minit ke-71.

"Kami ada dua penyerang prolifik, dan ini kali kedua saya lihat Erling dan Julian bersama, pada minit akhir seperti berdepan Bournemouth, dan saya menyukainya,.

"Mereka boleh lebih agresif, mereka ada naluri mencari gol," kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 1:12 PM