FODEN dan Grealish digugurkan dari skuad Manchester City ketika menang ke atas Newcastle. -FOTO Agensi
FODEN dan Grealish digugurkan dari skuad Manchester City ketika menang ke atas Newcastle. -FOTO Agensi
Agensi

London: Bos Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran kepada pemainnya untuk menjaga tingkah laku di luar padang pada Krismas ini selepas Jack Grealish dan Phil Foden dilaporkan ke kelab malam dan kemudiannya tidak diturunkan ketika pertemuan menentang Newcastle.

Dua pemain England itu bersama John Stones, satu-satunya perubahan yang dibuat dalam skuad yang membelasah Leeds 7-0 ketika City berkunjung ke St James Park dan menang 4-0.

Tempat Foden dan Grealish dalam kesebelasan utama digantikan oleh Raheem Sterling dan Gabriel Jesus manakala Joao Cancelo yang tamat daripada penggantungan kembali semua dalam skuad utama Guardiola menggantikan Stones.

Sebuah akhbar menyiarkan gambar Grealish dan Foden yang berada di kelab malam selepas perlawanan menentang Leeds dan dilaporkan City tidak berpuas hati dengan dua pemain itu apabila mereka menghadiri sesi pemilihan pada keesokan harinya.

"Ia bukan penggiliran. Saya memutuskan pasukan ini kerana mereka layak bermain hari ini. Mereka layak dan bukan yang lain.

"Pada masa perayaan Krismas, saya memberi perhatian kepada perangai dan tingkah laku di dalam dan luar padang. Apabila mereka melakukan perkara yang tidak sesuai di luar padang, mereka tidak akan terpilih.

"Jadi anda perlu fokus setiap masa kerana sekatan sepanjang waktu Krismas dan segala yang berlaku anda perlu tetap fokus," kata Guardiola.

Grealish menjaringkan gol ketiganya bersama City ketika menang ke atas Leeds dan mempamerkan aksi mengagumkan di Etihad namun tidak beraksi ketika City melebarkan kedudukan di puncak Liga Perdana di Tyneside.

Bulan lalu Guardiola memaklumkan kepada Grealish untuk mempamerkan aksi terbaiknya musim ini selepas berjaya membeli pemain itu dengan rekod perpindahan bernilai £100 juta (RM558.12 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 9:45 AM