JACK Grealish. -FOTO AFP
JACK Grealish. -FOTO AFP
Agensi

London: Jack Grealish percaya Manchester City boleh memenangi tiga piala musim ini namun penyerang itu berkata secara peribadi perlu memperbaiki gol peribadi dan menjaringkan lebih banyak gol berdasarkan rekod perpindahan £100 juta (RM558.6 juta).

City kini mendahului carta Liga Perdana selepas 17 perlawanan, menang tujuh perlawanan terakhir liga.

Hanya Manchester United pada 1999 pernah menjulang tiga piala - Piala Liga, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Grealish ketika diajukan soalan itu berkata: "Saya rasa begitu dan City boleh menang semuanya.

"Saya tidak mahu memberi terlalu banyak tekanan kepada pasukan tetapi kami mempunyai begitu banyak bakat dan ramai pemain yang bagus.

"Saya benar-benar berfikir kami mampu pergi jauh dalam beberapa pertandingan tahun ini.

"Itulah tujuan saya datang ke sini untuk memenangi trofi jadi diharapkan pada penghujung musim saya akan memiliki beberapa pingat di leher saya," kata Grealish.

Grealish meledakkan gol ketika mereka membelasah Leeds 7-0 di Stadium Etihad, ia adalah gol ketiganya bersama City sejak berpindah dari Aston Villa pada Ogos lalu dan pemain berusia 26 tahun itu turut membantu tiga dalam 20 perlawanan di semua pertandingan.

Statistik itu penting untuk menjadi ukuran impak yang pemain terutama apabila dibayar bayaran yang tinggi.

"Saya rasa ia sangat penting kerana itulah yang dilihat orang. Seperti berapa banyak gol yang kami jaringkan," kata Grealish.

"Terutama apabila anda tiba ke kelab dengan tanda harga tinggi seperti saya. Jika anda tidak menjaringkan gol atau membantu dalam beberapa perlawanan, maka semua orang akan mula bercakap.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 11:55 AM