MAURICIO Pochettino. FOTO X Chelsea FC
MAURICIO Pochettino. FOTO X Chelsea FC
Agensi

London: Mauricio Pochettino akui kecewa di atas kekalahan tipis 1-0 kepada Liverpool dalam aksi final Piala Liga di Wembley malam tadi.

Jelas pengurus Chelsea itu, anak didiknya gagal memanfaatkan deretan peluang terhidang yang akhirnya dihukum oleh pemain lawan.

"Itulah kuncinya. Kami mencipta empat, lima atau enam peluang besar dan kami tidak menjaringkan gol.

"Dalam perlawanan seperti ini, sesiapa yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan mempunyai kelebihan besar," kata Pochettino selepas aksi final itu.

"Kami berasa kecewa kerana tidak menang dalam masa sebenar. Kami tidak mempunyai tenaga pada masa tambahan. Mereka menjaringkan gol pada minit-minit terakhir dan kami sukar untuk bertindak balas," katanya.

The Blues yang mempertaruhkan skuad terbaik gagal memberi memecah kebuntuan dengan barisan depan dilihat gagal merobek pertahanan Liverpool.

Sebaliknya The Reds yang menurunkan 'barisan kedua' lebih bertuah dengan meraih gol kemenangan hasil tandukan Virgil van Dijk pada minit ke-118.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 9:33 AM