ARIF Aiman berkongsi pengalamannya memperaga aksi di atas salji. FOTO ARIF AIMAN HANAPI
ARIF Aiman berkongsi pengalamannya memperaga aksi di atas salji. FOTO ARIF AIMAN HANAPI
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Kehebatan bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi bukan saja di atas padang rumput malah pemain lincah itu turut hebat memperagakan aksinya di atas salji.

Arif Aiman yang masih bercuti di Jepun ketika ini sempat mempamerkan kebolehan tinggi dengan menimbang bola biarpun di atas salji.

Situasi itu mungkin agak kekok buat pemain yang tidak pernah beraksi di atas salji yang licin sekali gus sukar untuk menyeimbangkan badan.

Begitupun, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu langsung tidak menunjukkan sebarang masalah dengan mampu menimbang bola sambil menunjukkan skil individu menarik sebelum menyepak tinggi bola itu.

Kemampuan hebat tonggak kelahiran Pahang itu boleh dilihat dalam sebuah video yang dimuatnaik olehnya di laman Instagram Story miliknya itu.

Arif Aiman juga sempat bertemu seorang lagi bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi di Jepun bersama kelab Yokohama SCC di divisyen tiga negara Matahari Terbit itu.

Untuk rekod, Arif Aiman sedang bercuti selepas selesai membantu skuad Harimau Malaya di Piala Asia di Qatar bulan lalu.

Di Qatar sebelum ini, pemain negara itu meledak satu gol ketika membantu Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir kumpulan di Piala Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2024 @ 1:39 PM