Xavi
Xavi
Reuters

Barcelona: Pasukan sensasi iaitu Barcelona tidak boleh melakukan sebarang kesilapan jika mahu mempertahankan gelaran LaLiga untuk musim ini.

Menurutnya pengurus pasukan Xavi Hernandez perlawanan menentang Celta Vigo cukup penting untuk pasukannya meraih tiga mata.

Pada musim ini, seteru utama Real Madrid dan pasukan penuh kejutan iaitu Girona antara pencabar utama dalam meraih gelaran LaLiga.

Barcelona kini berada di tempat ketiga menerusi 51 mata dari 24 perlawanan, ketinggalan 10 mata di belakang Real Madrid dan lima mata kurang daripada Girona.

Berikutan itu, Xavi sedar bahawa kemenangan terhadap Celta yang berada di tempat ke-17 pada Sabtu ini penting dan jika gagal sudah pasukannya akan terus tercicir.

"Skuad ini bersatu dan berlatih dengan tekun," kata Xavi.

"Tetapi kami tidak boleh membenarkan kesilapan lagi. Saya yakin bahawa kami boleh mengejar kejuaraan LaLiga.

"Ini adalah tiga mata yang sangat penting yang akan meningkatkan kedudukan liga kami," katanya.

Barcelona akan mengunjungi juara Itali, Napoli, dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah minggu depan, namun Xavi berkata fokusnya masih tertumpu pada perlawanan Celta pada masa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2024 @ 7:20 AM