ROBERT Lewandowski. FOTO Reuters
ROBERT Lewandowski. FOTO Reuters
Reuters

Barcelona, Sepanyol: Ledakan dua gol pantas Robert Lewandowski menyemarakkan api kebangkitan rakan sepasukannya sebelum Joao Cancelo meledak satu lagi gol untuk bangkit melakar kemenangan ke atas Celta Vigo 3-2 dalam aksi LaLiga.

Skuad Catalan itu yang menang 5-0 dalam dua aksi terdahulu ke atas Real Betis dan Royal Antwerp, memulakan aksi agak perlahan apabila ketinggalan dua gol pada setiap separuh masa.

Gol pertama Celta Vigo diraih menerusi Jorgen Strand Larsen di minit 19 dan Anastasios Douvikas pada minit 76, seklai gus membayangkan seolah bakal tewas dalam pertemuan itu.

Bagaimanapun, anak didik Xavi bangkit di 10 minit terakhir masa sebenar apabila Lewandowski meledak gua gol pantas masing-masing di minit 81 dan 85 untuk membangkitkan semangat juang memburu gol kemenangan.

Akhirnya, Cancelo berjaya menemui jaring lawan seminit sebelum tamat permainan sekali gus melegakan penyokong Barcelona yang hadir.

Menerusi kemenangan itu meletakkan Barcelona terus dipuncak liga dengan 16 mata selepas enam aksi, namun kemungkinan kedudukan itu bakal berubah seandainya Real Madrid mampu mencipta kemenangan.

Madrid hanya ketinggalan satu mata di belakang Barcelona dan dijadual berdepan satu lagi pasukan handalan LaLiga iaitu Atletico Madrid awal pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 8:44 AM