AKSI Savio (tengah) bersama Girona. FOTO Agensi
AKSI Savio (tengah) bersama Girona. FOTO Agensi
AFP

Barcelona: Dua jaringan lewat pemain sayap kelahiran Brazil, Savio memastikan pasukannya Girona merakam kemenangan selesa 3-0 ke atas Rayo Vallecano sekali gus kembali menghuni tangga kedua carta LaLiga Sepanyol.

Kejayaan mengutip mata penuh itu menyaksikan Barcelona turun ke tempat ketiga, manakala Girona hanya ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Real Madrid ketika masing-masing berbaki 12 aksi untuk ditamatkan musim ini.

"Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi pasukan perlu memburu kemenangan selepas kita tewas dalam tiga aksi sebelum ini," kata jurulatih Girona, Michel.

"Hari ini sukar. Keputusan 3-0 bukanlah aksi sebenar kami di mana kedua-dua pasukan dilihat seimbang dan berpeluang meraih sesuatu," katanya.

Kekalahan Rayo Vallecano pula menyaksikan pasukan itu kela di tangga ke-14 liga dan hanya dibezakan tujuh mata dengan kelompok bawahan yang berada di zon penyingkiran.

Dalam aksi itu, pemain Ukraine Viktor Tsygankov meledak gol pertama Girona pada minit 52 sebelum ia dibalas Pep Chavarria di minit 76 bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Begitupun menuju hujung permainan, Savio muncul penyelamat apabila meledak dua gol untuk meletakkan pasukannya terus di landasan tepat mencabar kejuaraan LaLiga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 9:23 AM