PENYERANG Barcelona, Robert Lewandowski bersorak selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya menentang Real Sociedad. FOTO AFP
PENYERANG Barcelona, Robert Lewandowski bersorak selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya menentang Real Sociedad. FOTO AFP
Reuters

Madrid: Robert Lewandowski menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona menang 4-1 di Real Sociedad, hari ini, yang juga kemenangan pertama mereka pada musim baharu LaLiga.

Pemain remaja sensasi Sepanyol, Ansu Fati, yang berdepan kesukaran selepas pulih daripada beberapa siri kecederaan lutut sejak dua tahun lalu, masuk sebagai pemain gantian untuk melakukan dua bantuan jaringan dan menyumbat satu gol.

Lewandowski membuka jaringan pada minit pertama menerusi rembatan dalam kotak penalti selepas hantaran Alejandro Balde.

Tetapi, Alexander Isak menyamakan kedudukan lima minit kemudian hasil hantaran David Silva.

Selepas itu, Barca sukar mencari jaringan sehinggalah jurulatih, Xavi Hernandez memasukkan Raphinha dan Fati pada minit ke-64 dan kedua-duanya berperanan penting membantu kemenangan Barca.

Fati mengumpan kepada Ousmane Dembele dengan tumit selepas gerakan individu menarik Raphinha.

Kemudian Fati menyudahkan gerakan pasukan baik sepasukan untuk mengumpan kepada Lewandowski bagi menjaringkan gol ketiga pasukan.

Penyerang Poland itu membalas semula apabila membuat hantaran menarik kepada Fati, 19, sebelum pemain remaja itu menjaringkan gol keempat Barca.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 7:53 AM