PEMAIN Barcelona Raphinha kelihatan sedih selepas perlawanan menentang Valencia. - Foto Reuters
PEMAIN Barcelona Raphinha kelihatan sedih selepas perlawanan menentang Valencia. - Foto Reuters
AFP

Barcelona: Juara bertahan Liga Sepanyol (LA Liga) Barcelona terus berputih mata meraih tiga mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Valencia.

Pasukan kendalian Xavi Hernandez kini berada di tangga ketiga hanya satu mata membezakan dengan Atletico Madrid di tempat keempat namun tertinggal empat mata daripada Real Madrid manakala enam mata pendahulu liga iaitu Girona.

Atletico tewas 2-0 di tangan Athletic Bilbao sebelum ini tetapi pasukan Catalonia gagal mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap situasi terbabit.

Joao Felix membawa Barcelona di depan pada separuh masa kedua namun gol cemerlang Hugo Guillamon menyamakan kedudukan.

Barcelona hanya memenangi satu dari empat perlawanan terakhir mereka, termasuk ditewaskan Girona pada hujung minggu lalu di tempat sendiri.

Lebih malang lagi, Barcelona turut tewas dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di tangan kelab kerdil dari Belgium, Royal Antwerp, walaupun sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat 16 pasukan terbaik.

Dalam beberapa hari selepas itu, beberapa tokoh kelab, termasuk presiden Joan Laporta, memberikan sokongan kepada Xavi, menjelang apa yang media Sepanyol gambarkan sebagai 'pengakhiran'.

"Segala sesuatu yang sukar untuk mendapatkan tiga mata adalah ia seperti pukulan kepada kami pukulan keras bagi kami.

"Kami melakukan banyak perkara dengan betul, tetapi tidak mendapat gol saya rasa permainan kami jauh lebih baik daripada corak permainan Girona," kata Pedri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2023 @ 10:51 AM