Perbualan membabitkan Kiko Insa dan ejenNooa Laine
Perbualan membabitkan Kiko Insa dan ejenNooa Laine
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Isu membabitkan perpindahan pemain muda negara Nooa Laine ke Selangor FC terus menjadi perbualan hangat di kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Hal ini kerana ejen pemain bola sepak Kiko Insa mendedahkan perbualan menerusi Whatsapps membabitkannya dan wakil pemain muda itu.

Walaupun perbincangan awal diadakan antara dua pihak, ejen itu difahamkan cuba mencipta perang bidaan seperti kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta'zim (JDT) Alistair Edwards.

Berdasarkan tangkap layar perbualan itu mendapati Nooa sendiri cuba menghubungi Kiko Insa secara terus untuk menyertai JDT namun tidak mendapat maklum balas.

"Hi Kiko, saya difahamkan bahawa Nooa cuba untuk menghubungi kamu. Sekiranya kami tidak mendengar apa-apa dalam masa 4 jam, kami menganggap tidak ada minat daripada pihak kalian (JDT) untuk memuktamadkannya."

"Kami akan pergi menandatangani bersama Selangor," tulis perbualan itu.

Mengikut rekod, sebelum ini pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menyatakan bahawa pemain berusia 22 tahun itu akan menyertai Harimau Selatan.

Namun, Selangor FC menyambar pemain terbabit apabila mengumumkan kemasukan tonggak skuad bawah 23 tahun itu yang akan beraksi bersama skuad Gergasi Merah kelak.

Pemain berdarah campuran Finland-Malaysia akan beraksi secara pemain pinjaman dalam tempoh setahun (dengan pilihan untuk dibeli secara tetap) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2024 @ 6:42 PM