PENJAGA gol Lubnan  Mostafa Matar menyelamatkan bola sebelum ditanduk penyerang China Tan Long. FOTO AFP
PENJAGA gol Lubnan Mostafa Matar menyelamatkan bola sebelum ditanduk penyerang China Tan Long. FOTO AFP
AFP

Doha: Peluang China dalam kempen Piala Asia semakin sukar selepas hanya mampu seri 0-0 kali kedua berturut-turut ketika menentang Lubnan sebentar tadi.

Lubnan yang menduduki ranking lebih rendah tidak bernasib baik apabila percubaan mereka dua kali terkena palang manakala usaha China diselamatkan di atas garisan gol dalam aksi menarik di Stadium Al Thumama.

Tuan rumah dan juara bertahan menentang Tajikistan dalam aksi kumpulan sama malam ini dan pusingan 16 terakhir dalam jangkauan mereka. China pula akan berdepan Qatar dalam aksi terakhir mereka.

Qatar mendahului Kumpulan A dengan tiga mata dan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan manakala China meraih dua mata.Tajikistan dan Lubnan masing-masing meraih satu mata.

Hanya dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah mati dan keputusan seri dengan Lubnan satu lagi tamparan hebat kepada bola sepak China.

China sebelum ini seri 0-0 dengan Tajikistan manakala Lubnan tewas 0-3 di tangan Qatar dalam aksi pembukaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2024 @ 10:26 PM