Pengendali Liverpool Jurgen Klopp - AFP
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp - AFP

Paris: Liverpool mempertaruhkan skuad 'ubi muda' dengan menyaksikan pasukan terbabit tewas 1-2 kepada Union Saint-Gilloise manakala pula Villarreal mara ke pusingan 16 terakhir selepas menewaskan Rennes pada perlawanan Liga Europa, pagi tadi.

Pada perlawanan lain menyaksikan kelab Azeri Qarabag mara ke pusingan play-off dan Slavia Prague menamatkan saingan di tempat teratas Kumpulan G, sekali gus memintas Roma yang menjadi naib juara musim lalu.

 Pemain tengah Liverpool Harvey Elliott cuba merebut bola daripada pertahanan Union Saint-Gilloise Noah - AFP
Pemain tengah Liverpool Harvey Elliott cuba merebut bola daripada pertahanan Union Saint-Gilloise Noah - AFP

Ternyata kekalahan Liverpool itu adalah percaturan daripada pengendalinya Jurgen Klopp yang merombak skuadnya selepas mengesahkan kedudukan sebagai juara Kumpulan E, selain untuk mempersiapkan pasukan bertemu Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

Saint-Gilloise, yang memerlukan kemenangan untuk mempunyai peluang memintas Toulouse di tangga kedua, mendahului menerusi Mohamed Amoura sebelum Jarell Quansah menyamakan kedudukan.

Kelab Belgium itu bagaimanapun tercicir ke pusingan play-off Liga Konferens Europa selepas Toulouse menewaskan LASK Linz 2-1 untuk mengesahkan tempat kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 8:46 AM