Klopp memeluk Diaz selepas pemain itu dikeluarkan. -FOTO AFP
Klopp memeluk Diaz selepas pemain itu dikeluarkan. -FOTO AFP
Agensi

London: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan dia berpuas hati dengan kemenangan 4-0 ke atas Lask seterusnya mengungguli tempat teratas kumpulan Liga Europa ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Dua gol daripada Cody Gakpo dan satu daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah, gol ke-199 untuk kelab itu, menyaksikan mereka melepasi pasukan Austria di Anfield.

Keputusan seri Toulouse dengan Union Saint-Gilloise bermakna skuad kendalian Klopp tak boleh dipintas di kedudukan teratas dan apa yang penting mereka berjaya mengelak pusingan play-off Februari.

Juara kumpulan Liga Europa akan mara ke pusingan kalah mati secara automatik, manakala naib juara akan beraksi dalam play-off secara timbal balik pada Februari menentang pasukan di tempat ketiga kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

"Dua keputusan terbaik untuk kami malam ini dalam kumpulan," kata Klopp.

"Sudah jelas kekalahan di Toulouse kami menjadikannya lebih rumit tetapi kerana keputusan kami dan keputusan mereka, kami kini berada di kedudukan teratas dan itu tidak akan berubah.

"Itu bagus, sangat penting dalam jadual padat yang akan kami lalui mulai sekarang.

"Banyak yang positif dalam permainan bola sepak. Saya memberitahu pemain apa yang saya tidak suka pada separuh masa, (ialah) permainan ini sepatutnya dimainkan dengan lebih baik pada separuh masa.

"Anda tidak boleh bermain dengan lebih baik, anda tidak boleh menyediakannya dengan lebih baik, (tetapi) anda boleh menyelesaikannya dengan lebih baik dan jelas tetapi kami tidak melakukannya.

"Kami menjaringkan gol keempat pada minit terakhir. Prestasi pemain sangat bagus (dan) tiada siapa yang cedera. Itu yang penting."

Liverpool adalah pasukan pilihan untuk Liga Europa tetapi selepas mengukuhkan kedudukan dalam pemburuan kejuaraan harapan yang diletakkan kepada pasukan Klopp pasti tinggi apabila saingan disambung semula.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 8:48 AM