AKSI antara Real dan Betis pagi tadi. FOTO Reuters
AKSI antara Real dan Betis pagi tadi. FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Pendahulu Real Madrid tersentak dengan keputusan seri 1-1 menentang Real Betis apabila jaringan cemerlang Aitor Ruibal menafikan gol ke-12 Jude Bellingham musim ini.

Bellingham meletakkan Real di depan di Benito Villamarin pada awal separuh masa kedua selepas bergandingan baik dengan Brahim Diaz.

Bagaimanapun, Ruibal melakukan rembatan ke sudut atas dari luar petak penalti untuk menghadiahkan satu mata buat Betis dan melanjutkan rekod tanpa kalah mereka dalam La Liga kepada 11 perlawanan.

"Ia adalah perlawanan yang bagus, kompetitif dan malah, keputusannya adalah satu perlawanan yang adil," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti.

"Saya berpuas hati kerana anda tidak semestinya boleh memenangi setiap perlawanan."

"Tiada siapa boleh mengatakan ia adalah mata nasib menentang Real Madrid, tetapi saya fikir kami berhak mendapat tiga mata," kata jurulatih Betis, Manuel Pellegrini.

Real Sociedad menang 3-0 di Villarreal dengan ketiga-tiga gol dijaringkan kurang 10 minit sebelum separuh masa ketika mereka memintas jiran Basque, Athletic Bilbao di tempat kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 10:52 AM