PEMAIN JDT, Bergson Gustavo meraikan gol pertama pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentang pasukan TFC. -FOTO Bernama
PEMAIN JDT, Bergson Gustavo meraikan gol pertama pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentang pasukan TFC. -FOTO Bernama
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Sepakan penalti pertama yang diberikan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) disifatkan sebagai tidak wajar diberikan terutama seawal minit keenam perlawanan final Piala Malaysia berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Penalti berkenaan seharusnya tidak diberikan dan rata-rata peminat Terengganu FC (TFC) menyifatkan ia membunuh perlawanan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti susulan terjahan Azam Azmi Murad ke atas Fernando Forestieri.

Kegembiraan penyokong Harimau Selatan tidak bertahan lama apabila giliran TFC pula meraih sepakan penalti selepas Jordi Amat menolak Ivan Mamut di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun pengadil perlawanan, S Logeswaran pada mulanya enggan memberikan penalti berkenaan namun pembantu pengadil Farhan Abdul Aziz mengangkat bendera bagi memberi isyarat bahawa Mamut sememangnya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Mamut tidak melakukan sebarang kesilapan dan penyerang kelahiran Croatia itu dengan tenang merembat masuk sekaligus gagal dihalang Syihan Hazmi pada minit ke-21

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 9:50 PM