HANTARAN yang dimuat naik dalam Insta Story Lia.hsr kepada Arif Aiman. -FOTO Instagram
HANTARAN yang dimuat naik dalam Insta Story Lia.hsr kepada Arif Aiman. -FOTO Instagram
Oleh Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Siapakah gerangan Lia.hsr di Instagram. Adakah gadis terbabit kekasih hati pemain sensasi negara Arif Aiman Hanapi?

Itu persoalan yang timbul selepas Arif Aiman membalas hantaran Instagram (IG) Story daripada pemilik akaun Lia.hsr dengan ucapan terima kasih cinta.

Menerusi kiriman entri IG Story Lia.hsr kepada Arif Aiman, gadis manis itu mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad Harimau Malaya membenam Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Bukan sekadar ucapan tahniah, malah Lia.hsr turut meletakkan ikon 'love' putih seakan-akan ingin menunjukkan perasaan cinta yang murni dan tidak dapat dihancurkan.

Pemain lincah kebangsaan itu kemudiannya membalas kiriman IG Story berkenaan, sekali gus memungkinkan Lia.hsr adalah gadis yang bertakhta di hati Arif Aiman.

Biarpun tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak meledak sebarang gol ketika bertemu Kyrgyzstan, namun keempat-empat gol negara itu hadir menerusi gerakan Arif Aiman dan sudah pasti ia menjadi malam terindah dalam kariernya.

Sementara itu, seorang lagi kekasih pemain kebangsaan Akhyar Rashid yang juga pelakon, Eyka Farhana turut menitipkan ucapan tahniah buat skuad Harimau Malaya.

Begitupun dalam hantaran di IG Story Eyka itu, dia tidak berkongsi entri itu dengan Akhyar di mana hanya berkongsi keputusan perlawanan dan ucapan tahniah bersama bendera Jalur Gemilang serta ikon 'love' putih.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2023 @ 2:14 PM