SERGIO Ramos. FOTO AFP
SERGIO Ramos. FOTO AFP
AFP

Barcelona, Sepanyol: Jaringan sendiri legenda Real Madrid, Sergio Ramos menyaksikan Barcelona menang tipis 1-0 ke atas Sevilla dalam aksi La Liga sekali gus meletakkan kelab Catalan itu di persada liga.

Tonggak pertahanan veteran itu, tertolak bola ke gawang sendiri selepas tandukan Lamine Yamal terkena kakinya pada minit ke-76 bagi memecah kebuntuan dalam pertemuan itu.

Ramos, 37, yang kembali beraksi di La Liga selepas berpindah dari Paris Saint Germain (PSG) merancang untuk menyambut jaringan ke atas Barcelona, namun sebaliknya yang berlaku apabila dia sendiri 'menghadiahkan' kemenangan kepada lawan.

Hasil kejayaan meraih tiga mata penuh itu membolehkan Barcelona memintas Girona di tangga teratas liga, dengan meninggalkan Real Madrid di tempat ke tiga.

Bagaimanapun pengendali Barcelona, Xavi mengakui Ramos beraksi baik sepanjang perlawanan dan pasukannya bernasib baik untuk keluar selaku pemenang.

"Ramos adalah pemain pertahanan yang hebat, hari ini dia melakukan kesilapan kerana menjaringkan gol sendiri tetapi dia menampilkan aksi yang bagus sepanjang perlawanan," kata Xavi kepada pemberita.

"Adalah malang untuknya tetapi kami cukup bertuah meraih gol itu. Ramos menunjukkan kualiti yang ada pada Sevilla, namun gol sendiri itu merencatkan sedikit di mana bola itu terkena kakinya sebelum melantun masuk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2023 @ 8:29 AM