XAVI fokus lepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu. FOTO AFP
XAVI fokus lepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez berkata zaman kegemilangannya sebagai pemain menyebabkan mereka diletakkan harapan tinggi di Liga Juara-Juara sebelum bergelut di kejohanan itu sejak kebelakangan ini.

Gergasi Catalan itu memenangi empat edisi di antara 2006 hingga 2015 sebelum mengalami beberapa penyingkiran yang memalukan sejak itu.

Barcelona gagal menggunakan kelebihan mendahului perlawanan ketika menentang Roma dan Liverpool serta dibelasah oleh Bayern Munich dalam beberapa tahun kebelakangan ini, serta gagal melepasi peringkat kumpulan dalam dua musim lalu.

"Terdapat permintaan yang tinggi terhadap kami, penanda arasnya sangat tinggi - ini Barca," kata Xavi pada sidang akhbar.

"Ini adalah akibat daripada Barca beberapa tahun lalu, era kami, sebagai pemain. Dalam 10 tahun, dari 2006 hingga 2015, empat Liga Juara-Juara dimenangi."

Jurulatih itu berkata objektif kelab itu adalah untuk melepasi fasa kumpulan, menjelang perlawanan pembukaan mereka dalam menentang juara Belgium, Royal Antwerp.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2023 @ 9:39 PM