GAYA Lopez meraikan jaringan kedua Barcelona. FOTO AFP
GAYA Lopez meraikan jaringan kedua Barcelona. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Barcelona memanaskan badan menjelang aksi Clasico hujung minggu ini dengan meneruskan momentum cemerlang di Liga Juara-Juara apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 2-1 awal pagi tadi.

Juara Sepanyol itu meraih kemenangan ketiga daripada tiga perlawanan dan hanya selangkah ke peringkat kalah mati selepas gagal melepasi peringkat kumpulan sejak dua musim lalu.

Ferran Torres meletakkan Barca di depan sebelum pemain tengah berusia 20 tahun Fermin Lopez meledak jaringan kedua dari penjuru kotak penalti.

Heorhiy Sudakov merapatkan jurang untuk Shakhtar hasil kelekaan pertahanan Barca yang mencemaskan tuan rumah namun mereka cekal bertahan untuk meraih tiga mata.

Selepas Marc Guiu, 17, yang tampil kali pertama mencipta gol kemenangan, prestasi Lopez bermakna ia satu lagi malam gemilang buat produk akademi La Masia.

"Dia pemain dinamik," kata jurulatih Barca Xavi Hernandez. "Sikapnya wajar dipuji, dia mahu belajar dan mahu perbaiki persembahan." "

Xavi juga berkata Lopez juga bakat terbaru yang hanya menunggu masa diserapkan dalam skuad utama.

"Saya sangat gembira dengan prestasi Fermin, dia mampu menjadi pemain penting untuk kami dan beraksi untuk lebih tempoh lebih lama."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2023 @ 9:10 AM