RONALDO cuba disekat tiga pemain Shabab.
RONALDO cuba disekat tiga pemain Shabab.
Reuters

Riyadh: Kelab Liga Pro Saudi Al-Nassr melengkapkan kebangkitan lewat untuk menempah tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia selepas Anderson Talisca menjaringkan dua gol ketika menewaskan wakil UAE Shabab Al-Ahli 4-2 di Riyadh awal pagi tadi.

Talisca meletakkan Al-Nassr di depan pada minit ke-11 selepas menanduk masuk sepakan sudut Marcelo Brozovic tetapi dua gol Yahya Al Ghassani minit ke-18 dan 46 membolehkan naib juara 2015 itu mendahului perlawanan.

Namun tandukan Sultan Al Ghannam minit ke-88 menyamakan kedudukan dan Talisca meledak gol keduanya pada masa kecederaan membolehkan Al-Nassr kembali di depan.

Brozovic kemudiannya mengesahkan kemenangan ketika permainan hampir tamat dengan rembatan rendah dalam kotak penalti sekali gus Al Nassr menempah tempat dalam sesi undian peringkat kumpulan esok.

Kelab Uzbekistan Navbahor turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Al-Wakrah dari Qatar 1-0 hasil jaringan Doniyor Abdumannopov pada masa kecederaan dan diiringi kelab UAE Sharjah yang menewaskan wakil Iran Tractor FC a 3-1 di Tabriz.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 8:20 AM