RONALDO berpelukan dengan Talisca selepas menjaringkan gol Al Nassr. FOTO AFP
RONALDO berpelukan dengan Talisca selepas menjaringkan gol Al Nassr. FOTO AFP
Reuters

Riyadh: Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol hebat untuk Al-Nassr meneruskan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia selepas menewaskan Al Duhail dari Qatar 4-3 sekali gus meraih mata kesembilan daripada tiga perlawanan Kumpulan E.

Bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu membantu jaringan Anderson Talisca untuk skuadnya di depan minit ke-25 dan Sadio Mane menjaringkan gol kedua sebelum Ronaldo meledak rembatan jarak jauh minit ke-61 membolehkan Al-Nassr mendahului 3-0.

Ismaeel Mohammad dan Almoez Ali merapatkan jurang Al Duhail sebelum voli Ronaldo minit ke-81 untuk jaringan keempat Al Nassr manakala Michael Olunga menjaringkan gol ketiga Duhail dalam perlawanan sengit dan menarik di Riyadh itu.

Kemenangan itu membolehkan Al-Nassr tiga mata di depan kelab Iran Persepolis yang menyaksikan Alireza Beiranvand menyelamatkan penalti Senin Sebai minit ke-7 sebelum kelabnya menang 2-0 di Tehran ketika menentang FC Istiklol dari Tajikistan.

Saeid Sadeghi meledak dua gol untuk kemenangan kedua skuad tuan rumah daripada tiga perlawanan dan lima mata di atas Al Duhail dan Istiklol yang masing-masing meraih satu mata.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2023 @ 9:19 AM