RONALDO tampil dengan cara baharu rai jaringan. FOTO Al-Nassr
RONALDO tampil dengan cara baharu rai jaringan. FOTO Al-Nassr
Agensi

Riyadh: Cristiano Ronaldo meraikan jaringan pertamanya tahun ini dengan gaya baharu ketika kelabnya Al-Nassr menewaskan Al-Fayha 1-0 dalam aksi peringkat 16 Liga Juara-Juara Asia.

Ronaldo yang berusia 39 tahun tenang melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol lawan pada minit ke-81 selepas mendapat hantaran Marcelo Brozovic.

Tidak seperti kebiasaan dengan gaya 'siu', Ronaldo berlari ke penjuru padang dan melompat sebelum merapatkan kedua-dua tangan ke dada. Kapten Al-Nassr itu kemudiannya menekup telinga, isyarat yang ditujukan kepada penyokong lawan.

Jaringan tunggal itu memberikan kelebihan tipis kepada pasukannya yang akan berentap sekali lagi dengan Al-Fayha di tempat sendiri pada aksi peringkat kedua minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2024 @ 6:26 PM