MILINKOVIC-Savic ledak 69 gol di Itali.
MILINKOVIC-Savic ledak 69 gol di Itali.
AFP

Paris: Kelab Arab Saudi Al Hilal awal pagi tadi mengumumkan mereka menandatangani pemain tengah Serbia Sergej Milinkovic-Savic dari Lazio dengan kontrak tiga tahun.

Milinkovic-Savic menjadi pemain ternama ketiga tiba di Al Hilal sejak sebulan lalu selepas juara Asia empat kali itu membawa masuk Ruben Neves serta Kalidou Koulibaly dari Wolves dan Chelsea pada Jun.

Pemain berusia 28 tahun kelahiran Sepanyol itu akan menyertai rakan sepasukan baharunya ketika sesi latihan pra musim di Austria selepas melengkapkan ujian perubatan, kata Al Hilal di Twitter.

Milinkovic-Savic memulakan kariernya di Vojvodina sebelum beraksi semusim bersama kelab Belgium, Genk.

Dia kemudiannya berpindah ke Lazio pada 2015 dan menjaringkan 69 gol dalam 341 penampilan bersama kelab berpangkalan di Rom itu.

Pemilik Lazio Claudio Lotito kelmarin mendedahkan pemain itu mahukan cabaran baharu selepas lapan tahun di Itali.

Milinkovic-Savic menjuarai Piala Itali pada 2019 dan beraksi untuk Serbia pada dua Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 7:32 AM