MILINKOVIC Savic mahu meninggalkan Lazio selepas diburu kelab Arab Saudi. FOTO Agensi
MILINKOVIC Savic mahu meninggalkan Lazio selepas diburu kelab Arab Saudi. FOTO Agensi
AFP

Milan: Sergej Milinkovic Savic meminta Lazio untuk melepaskannya agar boleh berhijrah ke kelab Arab Saudi, Al-Hilal, kata pemilik pasukan Itali itu, Claudio Lotito.

Dalam temu bual dengan saluran dalam talian Tag24, Lotito berkata bahawa Milinkovic Savic merayu kepadanya untuk berubah angin selepas lapan tahun di Rom.

Savic dilaporkan bakal memperoleh €60 juta (RM308 juta) selama tiga musim.

Media Itali melaporkan bahawa Al-Hilal bersetuju untuk membayar €40 juta (RM205 juta) untuk pemain tengah Serbia berusia 28 tahun itu selepas kontraknya dengan Lazio akan tamat pertengahan tahun depan.

Lotito berkata Lazio menerima tawaran yang 'kurang sedikit daripada €50 juta (RM256 juta)'.

"Apabila seseorang mahu pergi ke Arab Saudi motivasi mereka adalah wang, tetapi anda perlu bertanya kepadanya mengapa dia mahu pergi," kata Lotito.

"Saya cuba sedaya upaya untuk mengekalkannya di sini tetapi apabila dia meminta untuk pergi atas sebab peribadi apa yang boleh saya lakukan? Kami sanggup melanjutkan perjanjian dan menaikkan gajinya.

"Pada penghujung hari, pemain yang menentukan apa yang perlu dilakukan dengan hidupnya. Dia telefon saya minta saya lepaskan dia."

Milinkovic Savic, pemain kegemaran peminat menjaringkan 69 gol dalam 341 penampilan sejak menyertai Lazio dengan harga €10 juta (RM51 juta) pada 2015, memenangi Piala Itali 2019 dan dua Piala Super Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2023 @ 9:43 AM