DE Gea masih diperlukan United jika belum dapat pengganti baharu. FOTO AFP
DE Gea masih diperlukan United jika belum dapat pengganti baharu. FOTO AFP
Agensi

Manchester: Manchester United sekarang berdepan persaingan dalam perbincangan kontrak dengan David de Gea apabila Al-Nassr mahu menggabungkan semula penjaga gol itu dengan Cristiano Ronaldo.

De Gea menjadi sasaran selepas kontraknya bersama United sudah berakhir.

Dia yang berusia 32 tahun menjadi ejen bebas Jumaat lalu dan perbincangan dengan hierarki Old Trafford mengenai perjanjian baharu terputus minggu lalu.

Dia dikatakan bersetuju untuk menyemak terma yang menyaksikan gaji mingguannya £375,000 (RM2.2 juta) dikurangkan kepada £200,000 (RM1.1 juta) sebelum United menarik balik tawaran itu dan mencadangkan gaji yang lebih rendah.

Kini dia menjadi bintang terbaharu yang dibarisi untuk berpindah ke Arab Saudi, menurut The Sun, dengan Al-Nassr membentangkan kontrak £250,000 (RM1.3 juta) seminggu untuknya.

Bagaimanapun, dilaporkan bahawa De Gea idealnya akan kekal di Manchester jika dia boleh mencapai persetujuan sekali lagi dan semua bergantung dengan Red Devils.

Rundingan secara bersemuka dijangka disambung semula dalam masa terdekat.

United sedang mencari penjaga gol baharu untuk menggantikannya.

Kehilangan De Gea bermakna mereka perlu menandatangani dua penjaga gol baharu dengan pilihan kedua, Dean Henderson hampir meninggalkan pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 1:49 PM