PERSEDIAAN sambutan skuad Argentina di Beijing. FOTO Reuters
PERSEDIAAN sambutan skuad Argentina di Beijing. FOTO Reuters
Reuters

Shanghai: Bintang Argentina, Lionel Messi tiba di Beijing hari ini untuk perlawanan persahabatan sebelum meninggalkan kerjaya di Eropah bagi menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami.

Ketibaannya diumumkan dalam satu catatan di laman sosial Weibo, bersama video pemain itu turun dari pesawat, menjelang perlawanan Argentina-Australia Khamis ini di ibu negara China itu.

Messi, yang menjulang Piala Dunia di Qatar pada Disember dan secara meluas dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, mengesahkan minggu ini dia akan meninggalkan juara Perancis, Paris St Germain (PSG) untuk liga Amerika Syarikat (AS).

Ini adalah lawatan kali ketujuh kapten Argentina itu ke China dan yang pertama sejak 2017.

Dia menerima sambutan meriah pada setiap lawatannya sebelum ini ke China, yang mempunyai peminat bola sepak yang ramai walaupun negara berdepan kemerosotan untuk skuad lelaki, yang hanya sekali beraksi di Piala Dunia.

Kali terakhir Australia dan Argentina bertemu pada Piala Dunia 2022 di Qatar pada pusingan 16 terakhir, di mana Messi adalah antara penjaring gol ketika pasukannya menang 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2023 @ 12:52 PM