INFANTINO mengumumkan venue baharu Piala Dunia B-20.
INFANTINO mengumumkan venue baharu Piala Dunia B-20.
AFP

Buenos Aires: Argentina akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada 20 Mei sehingga 11 Jun, menurut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hari ini selepas menggantikan Indonesia beberapa minggu sebelum bermula kejohanan.

Dengan menjadi penganjur, Argentina turut mengambil bahagian mengisi tempat Indonesia. Pasukan itu gagal layak berdasarkan merit.

"Fifa gembira mengumumkan edisi Piala Dunia B-20 akan berlangsung di Argentina selepas juara dunia membuka pintunya kepada bintang bola sepak dunia masa hadapan," kata Presiden Fifa, Gianni Infantino dalam satu kenyataan.

Fifa menarik hak penganjuran daripada Indonesia bulan lalu selepas tercetus bantahan ke atas penyertaan Israel di kejohanan itu.

Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.

Argentina menawarkan diri untuk menjadi pengganti dan Fifa melakukan lawatan dan pemeriksaan ke atas fasiliti di negara itu minggu lalu.

Undian bakal berlangsung pada Jumaat ini di Zurich. Beberapa jam sebelum pengumuman Fifa, kerajaan Argentina menegaskan sokongan penuh kepada bidaan tuan rumah oleh Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) walaupun negara terbabit berdepan masalah ekonomi.

Juara dunia Argentina adalah pasukan paling banyak menjuarai Piala Dunia B-20 sebanyak enam kali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 8:03 AM