GUARDIOLA (kanan) tidak mahu Haaland mencipta rekod terlalu awal. FOTO AP
GUARDIOLA (kanan) tidak mahu Haaland mencipta rekod terlalu awal. FOTO AP
Reuters

Manchester: Erling Haaland hampir menulis buku rekodnya sendiri untuk Manchester City ketika menentang RB Leipzig pada malam yang mendebarkan di Stadium Etihad, tetapi pengurus Pep Guardiola merosakkannya.

Haaland menjaringkan lima gol ketika City membelasah kelab Jerman itu 7-0 untuk membolehkan mereka mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali keenam berturut-turut sebelum Guardiola mengeluarkannya pada minit ke-63.

Tiada pemain dalam sejarah Liga Juara-Juara menjaringkan enam gol dalam satu perlawanan.

"Jika dia berjaya mencapai kejayaan itu pada usia 22 tahun hidupnya akan membosankan jadi sekarang dia akan mempunyai sasaran untuk melakukannya pada masa akan datang, di sini dan di mana-mana sahaja.

"Jadi sebab itulah saya mengeluarkannya," kata Guardiola.

Haaland menjadi pemain ketiga dalam sejarah menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan menyamai rekod Luiz Adriano, yang melakukannya pada 2014 bersama Shakhtar Donetsk dan Lionel Messi, ketika 2012 untuk Barcelona, di mana Guardiola menjadi jurulatih.

"Saya tidak tahu dengan Messi apabila ia berlaku menentang Leverkusen, mereka memberitahu saya dalam wawancara pertama," kata Guardiola.

"Tetapi saya membuat pertukaran (pagi tadi) kerana kebiasaannya apabila perlawanan tamat, saya mahu... biarkan seramai mungkin pemain beraksi.

"Haaland menyamai rekod Messi, tetapi dia melakukannya dalam masa 60 minit, ia berbeza. Siapa tahu jika dia akan bermain 90 minit?"

Haaland turut terlepas beberapa peluang terbaik dalam kemenangan yang memastikan mereka layak dengan agregat 8-1.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2023 @ 11:05 AM