AKSI pemain Kelantan FC menjalani latihan. -FOTO Ihsan Kelantan FC
AKSI pemain Kelantan FC menjalani latihan. -FOTO Ihsan Kelantan FC
Nor Amalina Alias

Kota Bharu: Import Kelantan FC, Mario Arques melaungkan rasa tidak sabar berdepan Kuching FC dalam perlawanan pembukaan Liga Super, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang ini.

Pemain penyerang kelahiran Sepanyol itu berkata, pasukan sudah membuat persediaan bagi menghadapi saingan perlawanan pertama musim ini.

Katanya, pasukan sudah beberapa minggu menjalankan latihan bagi lebih mengenali barisan pemain dan menyerap teknik dan taktikal Ketua Jurulatih, Choi Moonsik.

"Perlawanan liga musim ini sangat berdaya saing, saya harap permulaan liga ini bermula dengan bagus dan kami cuba jadikan pasukan kuat dan terbaik," katanya dalam kenyataan kepada media

Mario yang juga kapten pasukan Kijang merah antara import yang menjadi taruhan pasukan Norizam Tukiman bagi menghadapi Liga Super 2023.

Pertembungan Kelantan FC dan Kuching FC pasti menarik kerana kedua pasukan di kedudukan kedua dan ketiga Liga Perdana tahun lalu.

Terakhir pertemuan Kelantan FC dan Kuching FC, Kelantan membenam The Cats 2-0 pada aksi Liga Perdana, Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2023 @ 11:53 AM