XAVI tak mahu pemain terleka. FOTO AP
XAVI tak mahu pemain terleka. FOTO AP
AFP

Barcelona: Barcelona melebarkan kedudukan mereka selaku pendahulu La Liga ke atas Real Madrid dengan lapan mata selepas kemenangan selesa 3-0 ke atas Sevilla.

Pasukan Catalans yang menyasarkan memenangi kejuaraan Sepanyol pertama mereka sejak 2019 menghukum Madrid di tempat kedua selepas kalah 0-1 kepada Real Mallorca sekali gus membuka jurang lebih luas.

Bagaimanapun jurulatih Xavi Hernandez berkata Barca tidak boleh terleka dengan kejayaan itu dan menggesa pemain untuk menghalang kemungkinan Madrid untuk kembali memberi tentangan.

"Mereka masih menjadi pilihan kerana mereka adalah juara bertahan La Liga dan Liga Juara-Juara," kata Xavi.

"Saya tahu bahawa Real Madrid akan terus bersaing sehingga tamat. Mereka pernah membuat kemunculan semula yang bersejarah, kami tidak boleh membiarkan itu berlaku."

Jordi Alba memecah kebuntuan di babak kedua, dengan Gavi dan Raphina turut menemui sasaran.

Kemenangan itu adalah yang ke-10 dalam 11 perlawanan liga, manakala Barca juga belum tewas dalam 15 perlawanan di semua pertandingan.

Skuad kendalian Xavi hanya dibolosi tujuh gol dalam kempen La Liga musim ini, dan perlawanan ke-15 tanpa dibolosi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 10:49 AM