BARCA juara Piala Super Sepanyol. -FOTO AP
BARCA juara Piala Super Sepanyol. -FOTO AP
AFP

Riyadh: Presiden Barcelona, Joan Laporta menyokong jurulatih Xavi Hernandez selepas dia mengetuai pasukan itu meraih kemenangan ke atas Real Madrid pada perlawanan akhir Piala Super Sepanyol awal pagi tadi.

Pasukan Catalans itu menang 3-1 di Riyadh untuk menjulang trofi pertama sejak Xavi tiba November 2021.

Xavi membawa masuk Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde antara pemain termahal yang di bawa masuk dengan Barcelona menjual sebahagian daripada hak televisyen mereka untuk membolehkan perjanjian pembelian itu walaupun hutang mereka masih banyak.

Selepas Barcelona tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada Oktober, jurulatih menerima kritikan dan Xavi mengakui dia perlu memenangi trofi musim ini atau berdepan dengan pemecatan.

"Ia adalah generasi pemain yang luar biasa, dan dipimpin oleh jurulatih yang hebat," kata Laporta.

"Saya yakin (Xavi). Dia mempunyai pengetahuan, keperibadian, gaya permainannya yang ditunjukkan oleh Barca dan kami mengekspresikan diri kami dengan cara itu."

Xavi memenangi lapan gelaran La Liga dan empat trofi Liga Juara-Juara sebagai pemain bersama Barca antara 1998 dan 2015, seterusnya menjadi ketua pasukan.

Xavi berkata bahawa Barcelona perlu memenangi trofi lebih daripada lawan mereka yang kali terakhir diraih mereka pada April 2021 apabila mereka memenangi Piala Sepanyol.

"Kami memerlukannya lebih daripada Madrid yang sudah memenangi lebih banyak kejuaraan daripada kami," kata Xavi.

"Saya sangat berpuas hati dan mereka layak untuk menang kerana usaha keras yang tunjukkan. Semua berjalan dengan baik untuk kami pemain memahami (perancangan) dengan baik."

Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mengalami kekalahan pertama di final sejak 2014, dengan Los Blancos menyerahkan trofi dimenangi mereka kapada Barcelona yang menang Piala Super dengan rekod 14 kali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 9:14 AM