ANTARA aksi Kelantan FC dengan Buriram United, semalam. FOTO Kelantan FC
ANTARA aksi Kelantan FC dengan Buriram United, semalam. FOTO Kelantan FC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Kelantan FC mengambil pendekatan positif berhubung kekalahan 7-0 ke atas Buriram United, semalam.

Aksi ASEAN Charity Shield yang yang berlangsung di Songkhla,Thailand itu adalah perlawanan persahabatan kedua Kelantan FC,musim ini.

Ketua Jurulatih, Choi Moonsik berkata, perlawanan itu menjadi medan untuk dia menyediakan pasukan dengan memilih pemain terbaik untuk Liga Super 2023.

Katanya, misi utama pasukan adalah memahami dan menggunakan segala taktikal yang diterapkan.

"Perlawanan pra musim ini juga bertujuan menilai pemain yang akan diserap terus ke dalam pasukan atau tidak," katanya.

Beliau berkata, Kelantan FC masih berbaki empat perlawanan pra-musim sebelum sepak mula Liga Super 2023, hujung Februari ini.

Pengendali berasal Korea itu berkata, dia juga sedang menilai persefahaman antara pemain.

Kelantan FC mempunyai tiga lagi misi jelajah pra-musim bagi memantapkan pasukan mengharungi saingan liga tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 5:06 PM