JERSI Al-Nassr yang bakal dipakai Ronaldo mendapat sambutan hangat. FOTO AFP
JERSI Al-Nassr yang bakal dipakai Ronaldo mendapat sambutan hangat. FOTO AFP
Agensi

Riyadh: Penyokong Al-Nassr berpusu-pusu tanpa berputus asa untuk mendapatkan jersi Cristiano Ronaldo bernombor tujuh.

Bintang berusia 37 tahun itu melengkapkan rekod perpindahan ke kelab Arab Saudi itu baru-baru ini apabila menandatangani perjanjian selama dua tahun setengah.

Ronaldo akan memperoleh pendapatan yang luar biasa £173 juta (RM921.6 juta) setahun sekali gus menyaksikannya muncul ahli sukan yang menerima gaji tertinggi.

Penyokong kelab itu sudah pun berpusu-pusu untuk membeli baju bintang bola sepak cukup terkenal itu.

Ronaldo akan memakai jersi bernombor tujuh, sama seperti yang dipakainya di Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Penyokong kelab Saudi itu cukup teruja bergegas ke kedai kelab berkenaan untuk menyambar jersi Ronaldo.

Penghijrahan Ronaldo ke Al-Nassr berlaku selepas dia tidak sehaluan dengan United apabila mengkritik kelab itu semasa wawancara bersama dengan Piers Morgan.

Ketika Ronaldo beraksi bersama Portugal di Piala Dunia Qatar, kontraknya di United ditamatkan enam hari selepas wawancaranya dengan Morgan.

Ronaldo sejak itu dikaitkan dengan beberapa kelab di seluruh dunia sebelum akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 8:33 PM