REAKSI balas Ronaldo ketika berdepan Al-Ettifaq di stadium Prince Mohammed Bin Fahd Stadium. -FOTO AFP
REAKSI balas Ronaldo ketika berdepan Al-Ettifaq di stadium Prince Mohammed Bin Fahd Stadium. -FOTO AFP
Reuters

Riyadh: Al-Ittihad merangkul kejuaraan Liga Profesional Saudi buat kali pertama sejak 2009 apabila melakar kemenangan 3-0 di Al-Feiha yang menyaksikan kehadiran Cristiano Ronaldo gagal membawa Al-Nassr meraih kejayaan itu.

Walaupun berbaki satu lagi perlawanan, kelab Jeddah itu mengesahkan gelaran liga kesembilan mereka selepas mengumpul 69 mata untuk mengatasi Al-Nassr lima mata selepas pasukan itu terikat 1-1 dengan Al-Ettifaq.

Jaringan minit ketiga oleh Ahmed Sharahili dan dua gol dari Romarinho memastikan kemenangan untuk Al-Ittihad yang menebus kegagalan mereka meraih gelaran juara itu pada hari terakhir musim lalu.

Kemenangan itu menyaksikan bekas jurulatih Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo gelaran liga pertamanya.

Di Dammam, Ronaldo berdepan satu lagi perlawanan mengecewakan selain dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika Al-Nassr terikat 1-1 dengan Al-Ettifaq.

Al-Ettifaq mendahului perlawanan dengan jaringan Youssoufou Niakate dua minit sebelum rehat, manakala pemain Brazil, Luiz Gustavo menyamakan kedudukan untuk Al-Nassr pada minit ke-56.

Dalam perlawanan itu, Ronaldo yang kecewa membuat bantahan kepada pengadil selepas gagal menambah jumlah 14 jaringan dalam 16 aksi liga disertainya.

Legenda Portugal berusia 38 tahun itu adalah penjaring gol kelima terbanyak di liga Arab Saudi meskipun baru menyertai saingan di sana pada Januari.

Ronaldo akan menamatkan musim pertamanya di negara itu dengan tangan kosong tanpa sebarang kejuaraan selepas menyertai kelab itu pada Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 11:07 AM