CRISTIANO Ronaldo. FOTO Reuters
CRISTIANO Ronaldo. FOTO Reuters
Agensi

London: Kelab Arab Saudi, Al-Nassr dilaporkan sedang meneroka pilihan untuk menandatangani pemain pertahanan PSG, Sergio Ramos, ketika mereka menunggu ketibaan Cristiano Ronaldo minggu ini.

Ronaldo hampir memuktamadkan perpindahan ke kelab Timur Tengah itu selepas kontraknya di Manchester United ditamatkan bulan lalu, berikutan temuramah kontroversinya dengan Piers Morgan.

Dengan ketibaan Ronaldo semakin hampir, kelab itu sedang melihat beberapa lagi pemain termasuk N'Golo Kante dari Chelsea dan mereka dilaporkan mula menumpukan kepada bekas rakan sepasukan Ronaldo, Sergio Ramos.

Menurut MARCA, ketika Al-Nassr menanti ketibaan Ronaldo, pengurusan kelab sedang mengkaji pilihan untuk menandatangani bekas pemain pertahanan Madrid, Ramos.

Laporan sama mendakwa presiden kelab dan pengarah sukan Al-Nassr merancang untuk pergi ke Madrid, di mana mereka cuba melihat peluang untuk mendapatkan Ramos.

Bagaimanapun, menandatangani Cristiano Ronaldo tetap menjadi keutamaan kelab itu yang menjangkakan perpindahannya ke Arab Saudi secara rasmi pada 1 Januari.

Al-Nassr yakin Ronaldo akan menyertai mereka dan sudah menetapkan jadual ujian perubatan serta penginapan yang ditempah untuk penyerang itu sebelum berhijrah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2022 @ 9:56 PM