Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni sudah mempunyai strategi perangkap Perancis. FOTO AP
Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni sudah mempunyai strategi perangkap Perancis. FOTO AP
Reuters

Doha: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menutup mulut apabila ditanya mengenai barisan kemungkinannya ketika dia melakukan persediaan berdepan juara bertahan Perancis pada final Piala Dunia.

Scaloni tergelak apabila ditanya sama ada dia akan mengerahkan tiga pemain pertahanan seperti apa yang dilakukan pada suku akhir menentang Belanda, untuk memberi ruang kepada pemain pertahanan Nahuel Molina membantu mengawal gerakan pantas bintang Perancis, Kylian Mbappe.

"Kami sudah mengambil keputusan mengenai strategi dan kami akan bermain dengan cara yang kami fikir boleh mengecewakan lawan kami paling banyak dan kami paling kurang menderita.

"Kami mempunyai perancangan permainan, kami tahu bagaimana untuk bermain dengan mereka dan sekarang kami hanya perlu melaksanakannya dan saya harap kami akan bermain perlawanan yang sama ketika kami lakukan berdepan Belanda pada suku akhir - tetapi menang perlawanan tanpa perlu berlanjutan ke penentuan penalti yang menyakitkan." kata Scaloni pada sidang media.

Scaloni melakukan perubahan penting selepas Argentina mengalami kekalahan mengejut kepada Arab Saudi pada aksi pembukaan mereka di Piala Dunia dan menampilkan pemain muda Enzo Fernandez dan Julian Alvarez - yang beraksi cemerlang sepanjang diturunkan.

Dia juga melakukan pertukaran dari segi sistem, menggunakan tiga pertahanan menentang Belanda dan tiga pertahanan tengah untuk mengimbangi asakan Croatia yang diketuai Luka Modric.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 12:26 AM