Bintang Argentina, Lionel Messi ketika sesi latihan. FOTO AFP
Bintang Argentina, Lionel Messi ketika sesi latihan. FOTO AFP
AFP

Doha: Bintang Argentina, Lionel Messi hampir pasti menyamai rekod Lothar Matthaus menerusi penampilan terbanyak di Piala Dunia dengan permulaan ke-25 pada aksi Separuh Akhir menentang Croatia.

Pemain tengah, Leandro Paredes dan pertahanan Nicolas Tagliafico berada dalam senarai permulaan skuad Argentina.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni menyenaraikan Tagliafico bagi menggantikan pertahanan kiri, Marcos Acuna yang digantung perlawanan dan Paredes bahagian tengah ditinggalkan Lisandro Martinez.

Pertukaran itu bermakna Argentina tampak akan menggunakan empat pemain di belakang berbanding lima pertahanan dengan bantuan dua pemain sayap yang digunakan mereka ketika penentuan penalti menentang Belanda.

Scaloni mengekalkan barisan penyerang sama ketika menentang Belanda dengan Messi bermain di belakang Julian Alvarez.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menamakan skuad sama yang menewaskan Brazil menerusi penalti pada kelompok lapan terakhir dengan Andrej Kramaric bermula selaku penyerang tengah.

Penyerang, Bruno Petkovic yang meledak gol pada masa tambahan seterusnya memaksa penentuan penalti, sekali lagi bermula di bangku simpanan.

Kesebelasan utama pemain:

Argentina: Emiliano Martinez; Nahuel Molina, Cristian Romero, Nicolas Otamendi, Nicolas Tagliafico; Rodrigo De Paul, Leandro Paredes, Enzo Fernandez, Alexis Mac Allister; Lionel Messi (K), Julian Alvarez

Jurulatih: Lionel Scaloni (ARG)

Croatia: Dominik Livakovic; Josip Juranovic, Dejan Lovren, Josko Gvardiol, Borna Sosa; Luka Modric (K), Marcelo Brozovic, Mateo Kovacic; Mario Pasalic, Andrej Kramaric, Ivan Perisic

Jurulatih: Zlatko Dalic (CRO)

Pengadil: Daniele Orsato (ITA)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 2:28 AM