Pertahanan Portugal, Pepe (kiri) kecewa selepas tandukannya tersasar ketika aksi berdepan Maghribi. FOTO Reuters
Pertahanan Portugal, Pepe (kiri) kecewa selepas tandukannya tersasar ketika aksi berdepan Maghribi. FOTO Reuters
Agensi

Doha: Pertahanan veteran Portugal, Pepe beraksi dalam keadaan lengan patah ketika tewas kepada Maghribi di suku akhir Piala Dunia.

Pemain berusia 39 tahun berkenaan memakai lilitan kapten ketika Cristiano Ronaldo menjadi pemain simpanan pada pusingan kalah mati itu.

Tetapi pasukan kuda hitam di Piala Dunia, Maghribi melakar sejarah kemenangan 1-0 untuk menjadi negara Afrika pertama mara ke kelompok empat terbaik.

Menambah kepada bilangan kecederaan, Pepe beraksi pada perlawanan itu dengan keadaan lengan patah perkara itu turut disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal.

Pepe mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Doha yang mengesahkan dia mengalami keretakan pada lengan kiri.

Bagaimanapun, keadaan lengan patah itu tidak menghalang dirinya daripada memaki pengadil perlawanan dari Argentina pada aksi itu.

Pemain Portugal terbabit dalam konspirasi mengelilingi pengadil selepas perlawanan.

Pertahanan tengah Porto, Pepe gagal menahan kemarahannya seperti mengikut petikan dari Record: "Tidak boleh diterima pengadil Argentina untuk mengadili perlawanan kami.

"Selepas apa yang berlaku semalam, dengan [Lionel] Messi bercakap, semua Argentina bercakap dan pengadil datang ke sini untuk meniup wisel.

"Saya tidak mengatakan bahawa dia datang ke sini dengan syarat... Tetapi apa yang kami lakukan pada separuh masa kedua?

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 11:59 PM